CREATIVE EVENTS




WARISAN LONG PASIA














INFORMASI
Warisan Long Pasia.
Long Pasia berasal dari bahasa Lundayeh. long pasia bermaksud Kuala Sungai Merah(Long Pa' Sia). Nama Long Pasia diambil daripada nama Sungai Pasia iaitu salah sebuah anak sungai di hulu Sg. Perdas. oleh kerana kecenderungan membina petempatan mereka berhampiran muara sungai,maka istilah Long yang bermaksud "muara" digunakan. muara yang dimaksudkan ialah titik pertemuan Sg.Pasai dan Sg. Matang membentuk hulu Sg. Padas. masyarakat di Long Pasia kebanyakannya terdiri daripada masyarakat Lundayeh di Sabah. Kaum Lundayeh bermaksud "Orang Hulu". Terdapat 14 buah petempatan di daerah Sipitang. contohnya, Kg. Bahagia, Kg. Kaban, Kg. Sri Menanti, Kg. Solob.
Masyarakat Lundayeh mempunyai kisah legenda yang tersendiri.masyarakat Lundayeh di Long pasia mempercayai legenda Upai Samaring adalah nenek moyang mereka. Legenda ini bermula dengan kisah seorang manusia sakti bernama Rang Dungo telah menemui sebiji telur besar di sebuah puncak gunung. Daripada telur tersebut keluarlah seorang wanita yang sangat cantik yang diberi nama Terur Acho dan perempuan tersebut dijadikan isterinya. Mereka telah melahirkan keturunan beberapa kumpulan masyarakat Lundayeh di Long pasia.
Ahli-ahli Kumpulan