CREATIVE EVENTS




WARISAN LONG PASIA


Tapak Ulung Buayeh
Ulung buayeh bermaksud tugu atau patung buaya. tapak seperti ini turut juga dijumpai di kawasan lain seperti kawasan Bekalalan,Sarawak dan Lang Bawan, Kalimantan Timur. Di Long Pasia, tapak Ulung Buayeh yang terkenal adalah seperti tapak Long Bayur dan Pug Marit. Terdapat 10 tapak seperti ini ataupun dikenali juga sebagai guar effigi berbentuk buaya. tradisi pembinaan guar effigi berbentuk buaya ini berkait rapat dengan tradisi pemburuan kepala dalam kalangan masyarakat Lundayeh. tanah berbentuk buaya ini akan dibina untuk meraikan kejayaan dengan diraikan di sekeliling guar tersebut selama beberapa hari sebaik sahaja anak bulan kelihatan. mereka akan minum arak, menari sekeliling guar tersebut dan waktu kemuncak apabila ketua rumah akan menetak belakang guar tersebut dan penduduk yang mempunyai senapang akan menembaknya. namun pada zaman digantikan dengan nasi berbentuk buaya dan saiznya lebih kecil.
