CREATIVE EVENTS




WARISAN LONG PASIA


ULUNG DARUNG
Ulung Darung merupakan tugu atau patung naga. Tapak ini hanya ada di Sabah sahaja. Ia juga berkait rapat dengan aktiviti pemburuan kepala dengan upacara yang sama. Simbol naga telah digunakan untuk mewakili haiwan yang ganas dan manakutkan serta memperlihatkan kepada kepercayaan alam ghaib. Hal ini dapat dilihat dengan kepercayaan masyarakat Lundayeh yang mempunyai lagenda dengan pertarungan Upai Semaring dengan ular besar. Selain itu, penemuan Air Terjun Maga di Kuala Maga di Hulu Sungai Pasai (1979) oleh Nooh Dawa, dikatakan menjumpai seekor naga atau ular besar yang bewarna hitam di kawasan tebing batu air terjun. Kini, sebuah replika naga atau ular besar bewarna hitam dibina diperkarangan Taman Rebaruh Mekasul.
