top of page

Tang Peu Long Midang

Tapak perkuburan Long Midang merupakan kawasan pengkebumian terbesar dalam kalangan masyarakat Lundayeh. Di kawasan ini terdapat ribuan tempayan tanah seramik Cina. Mayat akan disimpan dalam tempayan primer dan bahagian dasar tersebut ditebuk untuk dialirkan cecair mayat melalui sebatang buluh. Manakala mulut tempayan ditutup dengan kain dan patung kayu akan diletakkan berdekatan untuk menghalau roh jahat. Selepas setahun, satu upacara ngeruat tulang diadakan iaitu haiwan akan disembelih dan minum arak. Penutup tempayan primer akan dibuka, tulang dibersihkan dan dipindahkan ke tempayan sekunder lebih kecil. Tempayan tersebut akan diletakkan di tanah perkuburan di Long Midang.

HA24 HISTORY@ SSS UMS

Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah,

Jalan UMS, Kota Kinabalu, Sabah,

Malaysia

all copyright 

bottom of page